Skip to main content

Ada apa di Bukit Tinggi ,Pahang?



9 September 2017. Bangun pagi terus ajak encik suami pergi ke Bukit Tinggi. As usual, dia dah faham sangat dengan perangai Nas ni yang memang suka buat unplanned program. So dia layankan aje..

Pagi tu bertolak dalam jam 9 pagi dan sampai sana dalam jam 10.30 pagi. Sebelum dapat masuk kawasan resort, kami perlu membayar tiket RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. (Seingat Nas la ye, maaf kalau salah)


 Alhamdulillah cuaca sangat mengizinkan aktiviti kami. Kakak Damia paling teruja sangat sebab dah banyak kali berzikir nak pergi jalan-jalan.Bagi dia kalau pergi shopping mall bukan jalan-jalan tau dan sebab tu ibu gigih fikir nak pergi jalan mana yang menarik + jimat..hehehe..

Sampai di sana, kami melawat  Clomar Tropicale Berjaya Hills Resort dahulu.





Kakak Damia yang teruja. ini di bahagian carpark dah boleh nampak Clomar Tropicale Resort.




Masih di bahagian depan pintu masuk resort.


me dan Isaac Raykal.



2017 - Berlima sudah.Alhamdulillah. 
Time ni Dhia Hana menyorok belakang ayah dia sebab takut dengan photographer tu. 
Lawak betul la Dhia ni.


Dihadapan pintu gerbang resort.




Kawasan di dalam resort. Memang ramai orang, tetapi cuaca sejuk memang mendamaikan. 
Di bahagian tepi-tepi terdapat banyak hotel-hotel yang rekabentuknya seperti perkampungan Perancis.


Masa ni Isaac Raykal baru nak mula belajar berjalan. 
Syok sangat dia lepak2 kat jalan tu,sabar je la..


Dihujung jalan akan ada menara tinjau. So boleh naik ke atas utk lihat pemandangan hutan-hutan ataupun pemandangan kawasan resort. Lift disediakan, so jangan risau nak naik ye :)


Anak-anak excited nampak swan besar. Ini di kawasan bawah berdekatan pintu gerbang.


~ Me ~


 Yang ni nak tunjuk ada kolam ikan di kawasan ni. So boleh la lepak2 santai kat sini.



Selesai  melawat di Clomar Tropicale Berjaya Hills Resort, kami singgah di Rabbit Farm pula. 



As usual, si kakak memang teruja betul. Ibarat impian menjadi kenyataan..ahahaha..
Kat sini juga boleh beli makanan haiwan yang ada dijual di kedai bahagian hadapan kaunter tiket.



Kakak dah bertabur lari sini sana kejar arnab.
Isaac masih cool lagi time ni.



Selesai bagi makan arnab, boleh ke kandang rusa pula. Tengokan tanduk rusa ni memang cantik sangat, tapi bau dia..mak aiiihhh...hahahaha..boleh pengsan. 



Rusa yang asik ikut Kakak Damia sebab bau makanan.




Si kakak teruja sangat nak kejar rusa-rusa yang dilepaskan dalam kawasan ni,tapi apakan daya rusa-rusa ni lagi laju daripada kita.
Mampu tengok je la ye :)

Sebelum balik, kitorang relax-relax makan-makan kat kafe Rabbit Farm ni. Syok sejuk-sejuk makan waffle. Berangan macam kat oversea la konon..hehehe..

So far anak-anak memang enjoy sangat datang sini. Cuma terkilan sebab tak sempat ke Taman Jepun di sana.Tak dapat la ibu nak posing dgn baju kimono..hehehe. .

Insyallah ada kesempatan kami datang lagi. Bila berjalan-jalan benda yang paling Nas 
suka adalah kepuasan anak-anak. Alhamdulillah anak-anak suka.









Comments

Popular posts from this blog

Just Me ~Nas Wazir~

Hi, Assalamualaikum.. Ringkasan tentang saya :) Panggilan Nas,bukan Nash tau.. Ibu kepada Damia, Hana dan Isaac Isteri kepada En Hakim. Anak ketiga daripada lima beradik Tegas dan becok Mudah berkawan dan suka berkawan Pengedar sah Shaklee dan Powergold . Nak beli vitamin atau emas boleh roger sy kay!! FB : Nas Wazir IG : expressdya Shaklee ID : 1001844

Day 1 di Cameron Highland,Pahang.

Cuti Raya Cina kali ni kami sekeluarga terjah ke Cameron Highland. Tak plan pun sebabnya plan nak balik kampung mertua di Kampar kerana ada kenduri pada hari sabtu. Nas memang tak perasan cuti raya cina jatuh hari jumaat dan sabtu. Bila date dah dekat, baru terperasan..Ayooo. Dan dan tu juga cari bilik guna apps Traveloka dan akhirnya book blik di  Flora Boutique Hotel, Brincang.  Untuk elak jem, kami bertolak jam 5 pagi dari Seri Kembangan. Alhamdulillah jam 6.30 kami singgah di RnR Tapah untuk solat subuh dan makan.Kemudian terus bergerak ke Cameron melalui exit Tapah.  Sempat juga singga mandi manda di Lata Iskandar. Anak-anak punya sakan main air walaupun air sangatlah sejuk. Air jernih sangat dan bersih je kawasan di sana. Memang masih terjaga kawasan di situ. Anak-anak monyok sebab dah start panas. Ibu paksa jugak suh bergambar,hehehe Kemudian kami terus gerak ke Taman Rama-rama di Kea Farm.  Dewasa dikenakan bayaran RM7/seorang dan kanak-k

Mengapa Krim Herbal Blend Perlu Digunakan Ketika Demam Campak?

Baru-  baru ini, anak ibu yang kecil demam campak. Luluh hati ibu bila tengok si kecik mengerang kesakitan bila tersentuh campak yang tengah merah-merah tu. Campak mula keluar pada bahagian ketiak Apa lagi, ibu terus capai krim herbal blend shaklee dan sapu pada kawasan yang dah mula naik campak.Paling best krim ni dia tak melekit, bila di sapu pada kulit terus je kulit jadi lembut. Jadi sangat sesuailah untuk kesan-kesan campak yang selalunya akan mengeringkan kulit. Tapi, kenapa ibu pilih Krim Herbal Blend Shaklee ini? Pertama sekali kerana krim ini selamat digunakan kepada kanak-kanak seawal bayi lagi. Ia tanpa bahan kimia atau steroid yang berbahaya seperti paraben yang selalunya ada di dalam kebanyakan produk yang dijadikan sebagai pengawet. Keduanya kerana kandungan krim ini adalah daripada bahan semulajadi seperti. 💓  Daun Sage Daun Sage ini sebagai pembasmi kuman dan jangkitan.  Astrigen di dalamnya membantu mengecutkan liang luka. 💓  Hors