Skip to main content

Day 1 di Cameron Highland,Pahang.

Cuti Raya Cina kali ni kami sekeluarga terjah ke Cameron Highland. Tak plan pun sebabnya plan nak balik kampung mertua di Kampar kerana ada kenduri pada hari sabtu. Nas memang tak perasan cuti raya cina jatuh hari jumaat dan sabtu. Bila date dah dekat, baru terperasan..Ayooo.


Dan dan tu juga cari bilik guna apps Traveloka dan akhirnya book blik di  Flora Boutique Hotel, Brincang. 

Untuk elak jem, kami bertolak jam 5 pagi dari Seri Kembangan. Alhamdulillah jam 6.30 kami singgah di RnR Tapah untuk solat subuh dan makan.Kemudian terus bergerak ke Cameron melalui exit Tapah. 

Sempat juga singga mandi manda di Lata Iskandar. Anak-anak punya sakan main air walaupun air sangatlah sejuk. Air jernih sangat dan bersih je kawasan di sana. Memang masih terjaga kawasan di situ.



Anak-anak monyok sebab dah start panas. Ibu paksa jugak suh bergambar,hehehe




Kemudian kami terus gerak ke Taman Rama-rama di Kea Farm. 
Dewasa dikenakan bayaran RM7/seorang dan kanak-kanak atas 3 tahun RM5/seorang.
Nas rasa mana-mana Taman Rama-Rama ni sama je cumanya yang best di sini adalah udaranya yang nyaman dan sejuk tu. Jadi anak-anak kurangla mengamuk walaupun cuaca terik. Dengan persekitarannya yang cantik, cuaca yang sejuk tengok rama-rama pun rasa cantik je..ahahaha..

Yang rasa pelik bin ajaib bila mana anak-anak takut dengan rama-rama. Terjerit-jerit bila rama-rama nak datang hinggap. Bukan anak-anak Nas je tau, tapi ramai budak-budak lain pun macam tu. Nampak sangat anak-anak sekarang kurang pendedahan dengan dunia luar,huhu..Sebab tu memang wajib bawa anak datang ke tempat seperti ni. Bagi mereka kenal dan alami dunia luar.









Selesai melawat taman Rama-Rama, kami bergerak ke Brincang untuk lunch. Singgah di kedai makan berdekatan dengan hotel Titiwangsa.(Lupa nama kedai). Beraneka pilihan makanan dan kawasan yang selesa dan bersih.

Perut dah kenyang terus kami check in hotel.
Untuk hotel, Nas tempah standard room yang mana agak kecil. Jadi kurang sesuai untuk kami berlima. Untuk yang berkeluarga digalakan ambil bilik yang lebih besar. So far bilik bersih dan layanan juga mesra. Parking juga tiada masalah, boleh parking betul-betul dihadapan hotel.


Gambar dihadapan Boutique Hotel



Di lobby. Deco ala2 Scandinavian sangat cantik dan kemas.


Dihadapan hotel waktu malam.

Time ni anak-anak seronok sangat sebab rasa sejuk yang lain dari lain...aihhh, ni baru kat Malaysia nak, belum lagi pergi oversea..hehe.


2nd day kita tungguu next post ye 

to be continued...


Comments

Popular posts from this blog

Just Me ~Nas Wazir~

Hi, Assalamualaikum.. Ringkasan tentang saya :) Panggilan Nas,bukan Nash tau.. Ibu kepada Damia, Hana dan Isaac Isteri kepada En Hakim. Anak ketiga daripada lima beradik Tegas dan becok Mudah berkawan dan suka berkawan Pengedar sah Shaklee dan Powergold . Nak beli vitamin atau emas boleh roger sy kay!! FB : Nas Wazir IG : expressdya Shaklee ID : 1001844

Mengapa Krim Herbal Blend Perlu Digunakan Ketika Demam Campak?

Baru-  baru ini, anak ibu yang kecil demam campak. Luluh hati ibu bila tengok si kecik mengerang kesakitan bila tersentuh campak yang tengah merah-merah tu. Campak mula keluar pada bahagian ketiak Apa lagi, ibu terus capai krim herbal blend shaklee dan sapu pada kawasan yang dah mula naik campak.Paling best krim ni dia tak melekit, bila di sapu pada kulit terus je kulit jadi lembut. Jadi sangat sesuailah untuk kesan-kesan campak yang selalunya akan mengeringkan kulit. Tapi, kenapa ibu pilih Krim Herbal Blend Shaklee ini? Pertama sekali kerana krim ini selamat digunakan kepada kanak-kanak seawal bayi lagi. Ia tanpa bahan kimia atau steroid yang berbahaya seperti paraben yang selalunya ada di dalam kebanyakan produk yang dijadikan sebagai pengawet. Keduanya kerana kandungan krim ini adalah daripada bahan semulajadi seperti. 💓  Daun Sage Daun Sage ini sebagai pembasmi kuman dan jangkitan.  Astrigen di dalamnya membantu mengecutkan liang luka. 💓  Hors